[...] “Saya ada satu cadangan.” Ia sandar berhadapan seperti apa yang dilakukan oleh kawan saya, April ketika dia mahu menceritakan satu rahsia, walaupun tiada satu pun rahsianya yang menarik. Atau sebenarnya pun bukan rahsia. “Jika kamu tidak memberitahu sesiapa bahawa saya di sini, saya boleh pulihkan mata kamu.”
“Keluar dari kota ini!”
Ia berkedip beberapa kali. “Itulah yang saya cuba lakukan.”
“Apa yang saya maksudkan adalah kamu tidak boleh berbuat demikian!”
“Kenapa tidak boleh?”
“Baiklah, tiada seorang pun mampu memulihkan mata saya, selain daripada menggunakan cermin mata.”
“Saya mempunyai bakat tertentu. Kamu akan nampak, dengan syarat...”
“...saya tidak memberitahu sesiapa pun tentang kamu?”
“Itulah hakikatnya, itulah pucuk pangkalnya.”
“Bagaimana saya boleh tahu bahawa kamu tidak akan membuatkan saya jadi buta? Kamu mungkin salah seorang penjual telefon yang menabur janji tetapi hakikatnya seorang pembohong.”
Ia mula menggilap, menggilap semula.” “Saya tidak akan melakukan perkara sedemikian terhadap makhluk yang tidak membahayakan saya.”
“Maksudnya jika saya membahayakan kamu, kamu akan membuat saya jadi buta?”
“Itu berdasarkan keperluan yang ingin diketahui.”
“Dan jika kamu memulihkan mata saya, dan jika saya tidak memberitahu sesiapa pun tentang kamu, kamu tidak akan meninggalkan ladang kami?”
“Itulah sebenarnya!” [...]